Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif utama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). NADI diwujudkan sebagai hab komuniti setempat, khususnya untuk komuniti di kawasan luar bandar, kawasan kurang mendapat liputan perkhidmatan serta golongan berpendapatan rendah.
Pada tahun 2024, NADI telah dijenamakan semula daripada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), menandakan fasa baharu peranannya yang lebih menyeluruh. Melalui aspirasi 1 DUN 1 NADI dan rangkaian NADI di seluruh negara, inisiatif ini memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosioekonomi melalui pelaksanaan Perkhidmatan Pintar NADI.1. Capaian Internet Secara Kolektif
Menyediakan platform bagi komuniti di kawasan yang kurang liputan untuk memanfaatkan Internet dan perkhidmatan secara kolektif. NADI memperkasa komuniti melalui asimilasi teknologi dalam kehidupan seharian komuniti.
2. Memperkasa Komuniti
Meningkatkan potensi dan kesejahteraan komuniti melalui perkhidmatan pintar yang holistik dan mampan untuk merapatkan jurang digital, pengetahuan dan sosio-ekonomi. NADI memupuk nilai keterangkuman untuk meningkatkan kesejahteraan dan potensi kendiri serta memberi impak positif kepada kesepaduan komuniti.
3. Sebaran Maklumat
Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dan tepat untuk membuka peluang kepada komuniti sekitar NADI. NADI menjadi pusat tumpuan mendapatkan maklumat mutakhir bagi menggalakkan transformasi komuniti melalui inisiatif dan bantuan kerajaan.
1. Keusahawanan
Melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar yang disediakan.
2. Pembelajaran Sepanjang Hayat
Menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran.
3. Kesejahteraan Kendiri
Merapatkan jurang pengetahuan berkenaan eKesihatan dan kesejahteraan kendiri.
4. Kesedaran
Mengawal selia kendiri serta menyedari batasan penggunaan Internet dan media sosial.
5. Inisiatif Kerajaan
Menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif kerajaan yang terkini dengan tepat.
© 2026 Hakcipta Terpelihara